1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta
yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan
untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui
dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan
yang membahagiakan.
Sebaliknya,
orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta
akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh
mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda
manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang
yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan
hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi
pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari
kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan
landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang
palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau
diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu
adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah
(hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu).
Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu
cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang
tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan
menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi
berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu
yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan
memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati.
Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar
(nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).
3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya
rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi.
Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama
yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya,
bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin
memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi
kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi
kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita
juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang
terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang
yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa
memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi,
memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita –
cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan
proses rumahtangga.
Sebaliknya
orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan
pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya
dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah
hubungan seks yang haram.
5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta
selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang
terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu
ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang
menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.




No comments:
Post a Comment